fbpx

Apa itu #BYOBclean?

#BYOBclean adalah sebuah inisiatif untuk menyediakan dan mengagihkan pembersih tangan percuma kepada semua keluarga di Singapura, bagi membantu masyarakat kita kekal selamat dan sihat. Setiap keluarga boleh menerima pembersih tangan sehingga 500ml.

Pembersih tangan tanpa alkohol #BYOBclean mengandungi larutan 0.054% benzalkonium klorida, yang membasmi kuman seperti virus korona. Ia tidak toksik, tidak mudah terbakar, tidak menghakis, tidak menyebabkan iritasi atau meninggalkan kesan kotoran dan boleh dibiodegradasikan.

Apabila sabun dan air tidak ada, kita boleh menggunakan pembersih tangan bagi mencegah penularan kuman dan virus kepada orang lain dan diri sendiri.

Untuk mendapatkan pembersih tangan percuma anda, sila Bawa Botol Anda Sendiri

Cara Pengambilan

Semua keluarga di Singapura sepatutnya sudah terima risalah #BYOBclean di dalam peti surat. Ia kelihatan seperti ini:

Simpan Risalah Anda

Bawa risalah anda untuk mengambil pembersih tangan.

Pada hari yang ditetapkan untuk anda, sila bawa:

Risalah Anda

Botol bersih anda yang boleh menampung 500ml atau lebih, dengan labelnya ditanggalkan

Pastikan anda membawa 2 benda ini ke mana-mana pusat pengambilan.

Dibawakan kepada anda oleh

Kami amat menghargai semua rakan-rakan kongsi yang menyokong #BYOBclean
Dari 30 Mac hingga 5 April, sila ambil pembersih tangan anda di 10 pusat-pusat membeli-belah CapitaLand. Klik untuk lokasi.

Pin It on Pinterest

Share This
Hubungi talian hotline kami di 1800 738 2000 (16 Mac – 5 April 2020) jika anda memerlukan bantuan.