Kekal Bersedia membantu menyediakan masyarakat Singapura untuk kecemasan seperti kemalangan besar, bencana alam, penularan wabak, jerebu teruk atau serangan pengganas. Ia disokong oleh Dana Kesediaan Kecemasan Temasek, yang diuruskan oleh Yayasan Temasek.

Inisiatif Kekal Bersedia menyampaikan program-program yang:

  • Membantu menyediakan orang ramai di Singapura untuk pelbagai keadaan kecemasan
  • Membina keupayaan jangka panjang, serta memberikan bantuan semasa kecemasan
  • Melengkapkan usaha-usaha nasional dan memupuk kerjasama dengan rakan-rakan kongsi sektor swasta, pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) dan kumpulan-kumpulan masyarakat untuk mencapai kesediaan kecemasan.

Yayasan Temasek menyokong program-program yang meningkatkan kehidupan dan masyarakat di Singapura dan selebihnya. Kami bermatlamat untuk mengukuhkan ketahanan sosial, memupuk pertukaran antarabangsa dan meningkatkan keupayaan serantau dan memajukan sains dan alam semulajadi untuk dunia yang mampan.