Perihal pembersih tangan #BYOBclean

Bahan-bahan aktifnya adalah BKC atau Benzalkonium Klorida (0.054%), dan Polimerik Biguanide Hidroklorida (0.004%). BKC sebanyak 0.05% berkesan dalam membasmi kuman-kuman termasuk virus korona.

Pembersih ini boleh dibiodegradasikan. Ia berasaskan air dan tidak mengandungi alkohol. Ia tidak mudah terbakar, tidak toksik, dan tidak menghakis.

Pembasmi kuman ini selamat untuk kulit anda.

Jauhkan daripada kanak-kanak.

Jangan disapu di mata, hidung atau mulut. Jangan diminum.

Jika anda mendapat ruam atau alahan daripada penggunaan kerap, berhenti menggunakannya, dan jumpa doktor jika perlu.

Sembur atau pamkan secukupnya untuk digosok pada seluruh bahagian tangan anda. Gosok sehingga kering, untuk sekurang-kurangnya 20 saat dan biarkannya. Sapu lagi setiap beberapa jam, jika anda mahu.

Ia terbaik digunakan dalam masa 6 bulan, disebabkan ia telah diisi dalam botol kitar semula.

Botol yang bersih akan membuat pembersih bertahan lebih lama. Botol yang kotor mengurang dan memendekkan keberkesanan pembersih anda. 

Pembersih komersial yang dibotolkan dalam keadaan steril biasanya boleh bertahan selama sekurang-kurangnya 4 tahun.

Apabila tidak lagi diperlukan, kosongkan dan renyukkan botol untuk dikitar semula.

Simpankannya di tempat yang sejuk dan kering. Jangan letakkannya bersama minuman atau cecair rumah yang lain, dan jauhkan daripada kanak-kanak.

Pembersih ini tidak diambil daripada simpanan stok negara.

Botol-botol

Anda disarankan untuk membawa:
  • Botol syampu / sabun cecair, yang mempunyai pam dispenser atau
  • Sebarang botol plastik, PET atau kaca, dengan penutup yang kalis bocor.
Basuh, bilas dan keringkan botol itu dengan betul terutamanya penutup atau pamnya sebelum menanggalkan sebarang label yang ada pada botol anda.
Anda boleh membawa sehingga 5 botol bersih yang boleh mengandungi sekurang-kurangnya 100ml setiap satu.

Demi menggalakkan kita semua prihatin terhadap persekitaran, kami berharap semua boleh mengitar dan menggunakan semula botol-botol mereka sendiri. Sebarang botol-botol PET seperti botol air mineral atau botol syampu boleh digunakan untuk tujuan pengambilan.

Anda juga boleh bertanya keluarga, rakan-rakan atau jiran-jiran jika mereka mempunyai botol-botol lebih untuk dikongsi dengan anda.

Pengambilan

Risalah anda telah diberikan kod warna untuk hari pengambilan yang ditentukan untuk mengelakkan kesesakan.

Secara alternatif, anda boleh mengambilnya di mana-mana pusat beli-belah Capitaland yang mengambil bahagian, antara 30 Mac dan 5 April 2020.

Boleh, sila bawa risalah mereka untuk mengambil bagi pihak mereka. Setiap risalah memberikan anda hak untuk menerima pembersih tangan sebanyak 500ml.

Hubungi talian hotline kami di 1800 738 2000 (16 Mac - 5 April 2020) jika anda memerlukan bantuan.

Kami mempunyai bekalan yang mencukupi untuk membekalkan 500ml untuk setiap keluarga di Singapura.

Semua keluarga akan menerima risalah pengambilan dengan butiran pengambilan dan maklumat utama lain.

Untuk mengambil pembersih tangan, anda hanya perlu membawa risalah ke pusat pengambilan, bersama dengan sebuah botol bersih.

Sebelum mengisi botol anda, kami akan menampalkan label khas untuk mengenal pasti botol pembersih tangan anda.
Setiap keluarga akan menerima sekeping risalah pengambilan untuk ditukarkan dengan pembersih tangan percuma sehingga 500ml.

Inisiatif #BYOBclean mengagihkan pembersih tangan percuma sehingga 500ml kepada setiap keluarga untuk membantu penduduk Singapura kekal selamat dan sihat.

Pembersih tangan percuma ini bukan untuk dijual atau dijual semula.

Pembersih sebanyak 500ml boleh tahan selama lebih kurang sebulan untuk keluarga kecil (4 orang).

Umum

Projek #BYOBclean merupakan sebahagian daripada inisiatif Kekal Bersedia Yayasan Temasek yang bersiap sedia untuk kecemasan dan membina ketahanan penduduk Singapura.

Untuk memastikan bahawa penduduk Singapura terutamanya mereka di barisan hadapan, kekal bersedia sepanjang tempoh genting ini, Yayasan Temasek sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menyediakan pembersih tangan percuma kepada orang awam.

Sekiranya anda tidak memerlukan pembersih tangan, anda boleh memberikan risalah anda kepada rakan atau jiran yang mungkin lebih memerlukan pembersih tangan.

Jadual pengambilan telah dirancang supaya bilangan orang ramai di pusat-pusat pengambilan dapat dikawal dan untuk mengelakkan kesesakan.

Langkah menjauhkan diri juga akan diamalkan di pusat-pusat pengambilan.

Sekiranya anda berasa tidak sihat, sila berehat di rumah.

Anda boleh menghubungi talian hotline #BYOBClean di 1800 738 2000 dari 16 Mac - 5 April 2020 jika anda memerlukan bantuan. Waktu operasi talian hotline: 9pg - 9mlm setiap hari.